Isnin, 19 Mac 2012

ADAKAH ESOK BAGI KITA?

Salam.

Tarik nafas.
Hembus.
Hmm..
Kamu-kamu-kamu pernah ditinggalkan?
No,no. I'm not talking about your ex-special boyfriend or girlfriend.
Pernah ditinggalkan oleh orang yang kamu-kamu-kamu sayang dan dia tak kembali?

Rasa?
Sedih. Sangat!
Rindu. Yang Amat!
Tak ada lagi suara.
Tak ada lagi senyuman.
Tak ada lagi gelak tawa.

Diam.
Tarik nafas.
Tahan sebak.

Hanya yang tinggal, gambar-gambar dan memori indah.
Rindu sangat. Tak dapat nak dilepaskan.
Peluk? Tak dapat.
Kalau dapat aku nak peluk kuat-kuat. Nak cakap...

"Mak, akis rindu mak sangat! Akis sayang mak sangat! Mak, ampunkan dosa-dosa akis. Halalkan makan minum akis"

Tapi semua tu dah lambat. Tak sempat.

Arwah mak, Sharifah Shaiha Bt Syed Sulong tinggalkan aku pada 12.12.2011. Hembuskan nafas terakhir pada pukul 12 tengahari. Masa tu aku tengah dukung anak aku cukur jambul. Seorang pun tak berani nak beritahu aku. Mak adalah babysitter aku dari aku lahir. Sampai aku besar mak jaga aku. Mak sakit biasa ja sebelum tu. Pagi tu mak pengsan. Hantar pergi hospital. Seminggu sebelum tu pun mak ada pengsan juga. Aku masih dalam pantang masa tu. Aku tak sangka mak tiba-tiba tinggalkan aku...Sebab mak nampak sihat...

Aku? Macam nak gila. Rasa pitam. Macam nak pengsan.
Aku kejut-kejut mak dekat ward, mak tak bangun-bangun.
Macam-macam wayar dan mesin dekat sekeliling katil mak.
Aku bingung. Tak percaya. Merayu minta mak bangun.
Orang keliling tenangkan aku.
Tepuk pipi sendiri, harapkan mimpi. Tapi, tak.
Menangis.

Hanya doa yang dapat aku kirimkan dekat emak. Semoga mak duduk di kalangan kekasih-kekasih Allah. Sedekahkan Surah Al-Fatihah dan Surah Yassin kepada mereka yang telah pergi. Biar mereka tenang di sana.. Insyaallah..
 
Sesungguhnya, ajal maut di tangan Allah SWT. Tak akan cepat sesaat atau lambat sesaat pun. Tak kira sihat atau sakit. Tak kira tua atau muda. Tak kira kaya atau miskin.

ADAKAH ESOK BAGI KITA?
Tutup mata.
Muhasabah diri. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan