Selasa, 20 Mac 2012

Mulai sekarang kena busybody

Salam.
Tak sabar aku nak tulis pagi ni. Bagi anak aku tengok Boboiboy jap. Lepas tu baru sambung balik main Lego. Hahaha (nampak tak betapa tak sabarnya mak dia?)

Siti Nur Fatihah Mahadi, budak umur 15 tahun kena culik? kena bawa lari? Aduh! Aduh! Tak tahu lah nak describe macam mana perasaan kalau aku berada di tempat si ibu. Menyesal. Risau. Sedih. Pengsan. Buntu. Meraung. Semua ada! Ntah macam mana nasib si gadis tu. Walaupun berjalan bertemankan dua orang adik. Nasib tetap tak menyebelahi dia. Semoga awak selamat, adik.

Siti Nur Fatihah Mahadi, kena culik masa pergi kedai beli kad topup.

Nurul Nadirah Abdullah hilang masa pergi beli mee segera dengan telur kat kedai yang dekat dengan rumah dia. Then, polis jumpa mangsa mati dibakar di ladang kelapa sawit.

Wan Hazim Mohd Khaidir hilang masa bermain di halaman rumah sendiri.

Ada seorang lagi, aku lupa nama dia (dan malas nak google) hilang masa pergi pasar malam yang dekat dengan rumah jugak, area setapak.

Hmm..tak perlu kot aku senaraikan semua kanak-kanak yang hilang. Kebanyakan mereka berada luar dari rumah, iaitu berada di kalangan masyarakat, seperti kita. Dan kebanyakan dari mereka yang dijumpai dah tak bernyawa.

Mati dibakar.
Mati dirogol dan dibunuh.
Mati dibunuh dan mayat dimasukkan dalam beg pakaian.

Mesti kita tak nak perkara yang sama berlaku dekat anak-anak kita, saudara mara kita atau sesiapa saja yang kita kenal/sayang. Kan?

So? We have to make a move. Salah satunya jadi busybody. Yes,busybody. Biarlah orang nak kata kita jaga tepi kain orang ke apa. Janji rock. Janji niat kita baik. Janganlah pulak busybody hal rumah tangga orang lain. Maksud aku, kalau nampak budak-budak kecil berkeliaran tanpa ibu bapa/penjaga *walaupun lah dengan adik beradik (yang kecil)*, kita perlu tanya dan perhatikan mereka. Tengok ke mana mereka pergi. Jangan lupa nasihat suruh balik rumah terus lepas tu. Alert kalau ada sesuatu yang mencurigakan dekat sekeliling.

Sebelum ni, mama aku selalu tegur budak-budak yang pergi kedai sorang-sorang.
"Ekh, pergi kedai sorang je? Mana mak kau? Lepas beli ni kau balik rumah terus tau. Bahaya", kata mama aku. Si budak pun angguk-angguk tanda faham. "Biarlah dia ma, nanti orang kata kita busybody plak" aku plak konon-konon takpuas hati.Lepas tu kena jeling manja dengan mama.

Bila dah ada anak. Bila dah macam kes hilang budak jadi. Betollah tindakan mama aku. Biar busybody benda baik. Atleast kita dah buat sesuatu sebagai masyarakat yang prihatin. Kan?

Lepas ni, buka mata, alert dengan sekeliling dan jadilah busybody.
Ok. Bye. Nak main Lego. Anak aku dah tunjuk Lego, ajak main balik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan