Jumaat, 16 Mac 2012

Kau rasa?

Salam. Hai. Aku baru lepas telan antibiotik. Sakit tekak la pulak..grrr.. Bulan ni je dah dua kali aku pegi klinik. Adeh!

Ok.
Tutup cerita pasal aku.

Aku tertarik dengan topik Hot.fm pagi ni pasal 'Satu Amah, Satu Tugas' yang keluar jadi berita utama dalam Utusan Malaysia. So balik-balik je terus belek Utusan Malaysia Online untuk check kesahihan berita ni.

Bah! this is it!

JAKARTA 15 Mac - Amah dari Indonesia yang akan mula dihantar ke Malaysia bulan depan hanya akan melakukan satu tugas khusus di rumah majikan mereka dengan gaji minimum RM700.
Ini bermakna, seandainya seorang amah diupah untuk mengasuh bayi, tugasnya hanyalah mengasuh bayi dan tidak akan melakukan kerja-kerja rumah yang lain.
Sehubungan itu, bakal majikan di Malaysia tidak lagi boleh mengharapkan kepada seorang amah sahaja untuk melakukan semua kerja di rumah mereka.
Keputusan itu dicapai hasil rundingan Pasukan Petugas Khas Bersama (JTF) antara kerajaan Indonesia dan Malaysia yang menetapkan penghantaran Tenaga Kerja Indonesia (TKI) akan mengikut kemahiran masing-masing dalam empat bidang tertentu iaitu memasak, mengasuh bayi, menjaga orang tua dan mengemas rumah.
Kalau kita suruh dia buat empat kerja macam yang dah tertulis kat atas ni, memang masyuuuuukkk la mereka-mereka tu. RM 2800!! Ada tak yang decide nak berhenti kerja & jadi org gaji? hahaha *kidding* tapi mesti ada yang terfikir "baik aku jadi orang gaji,semua free.Gaji banyak!"


Ada seorang pendengar called Hot.fm cakap dia tak puas hati. Contoh lah kan. Kalau kita gajikan orang gaji untuk mengasuh anak je. Bila anak tidur,dia pun tidur la. Pastu anak buat kecah, dia peduli apa? Dia kan tak di gaji untuk kemas rumah. haha. Pastu balik, si tuan rumah kena masakkan untuk orang gaji. Ok now, who's the boss? *gelak besar* Bagi aku memang tak masuk dek akal la.


Baik hantar anak dekat Taska or Tadika or Babysitter, dalam RM300 seorang. Lepas tu beli dryer. Kalau balik rumah tu terus masuk baju dalam washing machine, then dry kan. Keluarkan sikit modal la untuk senang di kemudian hari. Sambil-sambil tu kemas rumah kalau berkecah (si suami tolong la sikit-sikit). Malas nak masak, pergi tapau kat kedai depan rumah. Dari sakit hati balik rumah tengok rumah berkecah, lepas tu orang gaji plak sengih-sengih kat kita, then masak & hidang untuk dia..waaahh.. (dapat bayangkan tak perasaan tu macamana?)


Aku cakap yoyoeh je macam aku kerja kan? haha. Ni pendapat aku je la, incase i'm in that shoes. Tapi kalau siapa yang terlebih mampu, it's not a big deal kan? :)) Tapi aku rasa tu bukan kata putus Kerajaan Malaysia, KOT! Tapi they mentioned in the news 'rundingan' kan? hmm..hmm..entah lah labu..tepuk dada tanya selera. tengok budget monthly, calculate guna calculator, lu fikir la sendiri bak kata Nabil Capang..Tapi (lagi sekali tapi) kalau gaji naik yang RM1800 macam dalam SBPA yang dibatalkan tu boleh la nak ber orang gaji banyak-banyak.ekh? ekh? *sealed mulut* ok.bye bye *waving*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan