![]() | |
| Fiksyen 302-Ramlee Awang Murshid-RM21.00-Thriller/Misteri |
Ok.
Tahu.
Cover tak menarik.
Cuba pusing belakang tengok sinopsis.
Lan Lani, Jimmy Yeoh, Prakash Kumar dan Farid Ja'ah membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat.
Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.
Tahun 2032, seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan...tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!
Bagi aku, jalan cerita menarik, sangat lah thriller! Kena baca betul-betul dengan kusyuk baru la paham sebab ada flashback. Yang part belakang-belakang tu, macam tak logik plak aku rasa (yang part tahun 2032 tu). Tapi bila aku fikir balik, mungkin juga masa tu teknologi dah canggih gila (yela,20 tahun dari sekarang). We can't predict the future!
Penulis menulis dengan penuh ilmu di dada about psikosis & neurosis. Dekat page belakang sekali ada list of research yang dia dah buat & bahan-bahan bacaan untuk hasilkan novel ni. Aku memang tabik dengan penulis ni. Dia tak tulis pasal cinta yang putus-tak ada restu keluarga-jumpa balik-putus-happy ending. Yang kadang-kadang boleh buat aku menangis. Novel ni penuh ilmu. So sedikit sebanyak aku pon tahu lah gila ni ada macam-macam jenis. *senyum sambil angkat kening*
#dah lama gila baca baru nak update

Tiada ulasan:
Catat Ulasan