Isnin, 19 Mac 2012

Permanian Berhadas. Bukan lucah.

Salam.
Tajuk bukan nak cerita lucah kat sini.
Ok.
Tahu apa Permanian Berhadas? Dulu masa sekolah ustazah ada explain pasal isu ni dalam kelas. Ada lah tahu sikit-sikit. So tadi aku pon meng-google la pasal isu ni.


Permanian Berhadas.
Maksud : Suatu kaedah menyalurkan sperma lelaki ke dalam rahim wanita tanpa melalui kebiasaan manusian (Bersetubuh / Jima')


Kenapa tiba nak story pasal isu ni?
Sebab?
Pasal movie ni aku tengok kat Astro. Dah lama gila aku record, baru ada masa nak tengok.


Sinopsis filem The Switch : Heroin, ye Jennifer Aniston, 40 tahun, belum berkahwin. Dia nak ada anak, tapi tak nak kahwin. So she decided untuk buat Permanian Berhadas. Heroin nak cari ciri-ciri lelaki yang dia nak untuk dermakan sperm untuk dia. Sebab dia nak anak yg handsome, aktif, berkharisma and bla bla bla. Bestfriend dia, Hero, ye Jason Bateman macam tak puas hati sebab kenapa tak guna dia punya je? hahaha. So, die tukar sperm yang ada (dari lelaki yg macho, tough and loving) kepada dia punya. Sila tengok poster movie di atas. So heroin pun guna la sperm tu.. Jeng jeng jeng..


Then apa jadi? Tengok sendiri la. Aku bukan nak cerita the whole story pasal movie ni. Movie best. Memang funny. Aku tergelak-gelak tengok. Tapi terdetik, dari segi Islam macam mana? Ok. Jangan salah tafsir. Aku bukan nak condem movie ni. Memang la,dah cara mereka macam tu. Tapi, mari kita tengok dari segi Islamnya. So bila kita tengok, kita boleh filter otak kita ni tentang isu-isu macam ni. Ada juga orang yang tak tau pasal ini ye.


Ok. Berbalik kepada topik asal.
Kenapa guna kaedah ni? Antara sebabnya :
  • Kekurangan bilangan sperma dalam air mani lelaki
  • Ketidak normalan pada cairan serviks atau faraj yang membunuh kebanyakan sperma
  • Enjuksi pra matang atau mati pucuk
  • Berlaku kontradiksi (tidak sesuai) antara sel pasangan lelaki dan perempuan.
  • Pasangan lelaki mengalami penyakit barah
Bukan semua pasangan suami isteri senang nak dapat anak. So mereka kena la buat kaedah ni. Mana tahu ada rezeki, berjaya la usah mereka tu. Amin. Amin. Amin.
Kaedah permanian berhadas dibenarkan Syara' sekiranya;
  • Persenyawaan luaran antara sperma suami dan ovum isteri, lalu percampuran (embrio) ditempatkan ke dalam rahim isterinya
  • Mengambil sperma suami dan disuntikkan ke dalam posisi yang sesuai - vagina atau rahim isteri
Yang TIDAK dibenarkan Syara' pula; *sekiranya melakukannya dianggap perzinaan terlarang*
  • Menggunakan sperma suami sebenar dan ovum yang diambil daripada seorang wanita bukan isterinya, lalu percampuran (embrio) ditempatkan di rahim isterinya.
  • Persenyawaan berlaku antara sperma seorang lelaki selain suami dan ovum selain isteri, kemudian percampuran (embrio) itu ditempatkan di rahim isteri sebenar.
  • Persenyawaan luaran antara suami sebenar dan ovum di ambil dari isteri, lalu percampuran (embrio) berlaku di dalam rahim wanita lain.
  • Persenyawaan dilakukan secara luaran antara sperma dari seorang lelaki dan ovum dari seorang wanita asing, lalu percampuran (embrio) berlaku di dalam rahim isteri sebenar.
  • Persenyawaan luaran antara sperma suami dan ovum isteri, lalu percampuran (embrio) ditempatkan di dalam rahim isteri kedua, kerana lelaki itu mempunyai dua isteri.
 #Ayat copy sebiji macam dalam http://www.faridrashidi.com/2010/02/10/permanian-berhadas-antara-sains-dan-fiqh-islami/ sebab takut salah pemahaman dari pembaca. Kita cakap pasal Islam dan hukum hakam ni wooo..#
Sekiranya seorang muslim buat macam Jennifer dalam movie ni, memang haram ye!


 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan