Rabu, 21 Mac 2012

Kalau betul kau ikut boyfriend kau

Salam.
Please refer my previous post about Siti Nur Fatihah Mahadi.
Geram gila!
Beria orang-orang Malaysia ni, termasuk aku doakan keselamatan kau. Kalau betullah adik Siti ni lari ikut boyfriend & buat plan konon kes culik, memang aku nak pelangkong dia.
Gatal!
Baru 15 tahun dah gatal nak lari ikut boyfriend.
Dia nak bagi kau makan apa?
Kau nak sambung sekolah siapa nak tanggung?

Malas nak tulis banyak.
Nanti mencarut macam-macam. Buat tambah dosa.
Kalau betul ang kena culik, aku doakan kau selamat.
Sekian. Wa chow dulu. 

Kau anak angkat?

Salam.
Aku tertidur awal tadi. Sebab tidurkan anak dulu. Terjoin plak tadi.
And now aku kat depan laptop sebab aku tak boleh tidur.

Buka facebook sekejap tadi.
Nampak adik aku ada upload photo dia tengah buat assignment.
Something pop-up on my head.

Pernah tak?
Pernah tak masa kecil-kecil dulu (or mungkin sekarang you're still..) kau rasa diri macam anak angkat? Hahahahahahahahahaha. Funny! Aku pernah terfikir dulu masa kecil-kecil. Damn true! Konon-kononnya dulu rasa parents aku lebihkan adik la. Konon dulu aku rasa adik aku manja lebih la. Hmm sampai aku gigit-gigit dia (haha.dia stil ingat sebab dia selalu ungkit-ungkit pasal benda ni walaupun aku dah beranak) Kesian kau, dik. Kalau la kau baca ni mesti kau kata " memang pon!"

Aku rasa macam tu sebab kononnya aku tengok muka aku dengan parents aku tak sama. Tu dulu. Tapi sebenarnya memang muka aku banyak ambil muka papa aku, just at that time aku poyo-poyo je feeling anak-angkat-yang-dibiarkan. Haha. Kau pernah rasa macam tu tak? Eleh! Jangan nak tipu. Dulu masa sekolah rendah selalu juga topik ni keluar (biasa la, budak baru nak up, topik mesti poyo & macam bagus).

"Aku rasa mak aku dah tak sayang aku la. Asyik sayang adik aku je"
"Yeke? Kau anak angkat kot. Muka kau pon lain je aku tengok"
"Kau ada tengok TV tak pasal orang tu amik anak angkat lepas tu dia dapat anak sendiri, dia dah tak sayang anak angkat dia. Haa.. Kau macam tu la kot"
*Kita boleh nampak pengaruh TV dekat sini.Haha*

Standard.
Lagi sekali ditegaskan.
Budak baru nak up,ok!
Cerita mesti gempak. What do u expect, budak darjah 3 kot! haha. Kesian dekat mama aku sebab dulu aku pernah fikir macam ni. Kalau mama aku tahu mesti mama aku kata "Kau dah tak ada benda lain nak fikir?". Hehe. Mama aku memang comel. Gurau nak kasar je, macam kawan-kawan. Tapi dulu masa kecil dia tegas sangat. Sampai bila dia jerit je suruh balik (masa tu tengah main dekat luar), aku dengan adik dah ketar lutut. Yelah, keluar sorok tak ada permission. Hehe.

Sebenarnya mama aku bukan tak adil. Aku pun bukan lah anak angkat. Hehe. Biasa lah, kita ni mana pernah rasa cukup kan. Macam tu juga aku dulu. Sentiasa rasa kasih sayang tak cukup. Especially bila minta apa-apa tak dapat. Tapi padahal minta benda bukan-bukan. Kalau aku pon aku tak bagi anak aku minta bukan-bukan. Tapi kalau dah menjerit satu kedai macam kena petir,terpaksa juga la aku beli.

Bila anak aku dah besar nanti, aku rasa mesti dia ada feeling-feeling poyo mcm tu. Mana nak tumpahnya poyo aku kalau bukan kat anak aku kan? Mana tau ada rezeki keluar nombor dua. Haha. Time tu dah boleh explain sikit-sikit la supaya dia tak rasa diri macam anak-angkat-yang-disisihkan-macam-nak-kena-hantar-balik-rumah-kebajikan. Kena buat-buat tunjuk gambar pregnant dulu-dulu. Nasib ada bukti masa dalam labour room. *tersengih-sengih*

Oklah.
Banyak sangat aku mengarut ni. Jam pon dah pukul 3 pagi. Aku kena tidur juga. Nanti esok mengantuk!

Tata Titi Tutu..

Selasa, 20 Mac 2012

Mulai sekarang kena busybody

Salam.
Tak sabar aku nak tulis pagi ni. Bagi anak aku tengok Boboiboy jap. Lepas tu baru sambung balik main Lego. Hahaha (nampak tak betapa tak sabarnya mak dia?)

Siti Nur Fatihah Mahadi, budak umur 15 tahun kena culik? kena bawa lari? Aduh! Aduh! Tak tahu lah nak describe macam mana perasaan kalau aku berada di tempat si ibu. Menyesal. Risau. Sedih. Pengsan. Buntu. Meraung. Semua ada! Ntah macam mana nasib si gadis tu. Walaupun berjalan bertemankan dua orang adik. Nasib tetap tak menyebelahi dia. Semoga awak selamat, adik.

Siti Nur Fatihah Mahadi, kena culik masa pergi kedai beli kad topup.

Nurul Nadirah Abdullah hilang masa pergi beli mee segera dengan telur kat kedai yang dekat dengan rumah dia. Then, polis jumpa mangsa mati dibakar di ladang kelapa sawit.

Wan Hazim Mohd Khaidir hilang masa bermain di halaman rumah sendiri.

Ada seorang lagi, aku lupa nama dia (dan malas nak google) hilang masa pergi pasar malam yang dekat dengan rumah jugak, area setapak.

Hmm..tak perlu kot aku senaraikan semua kanak-kanak yang hilang. Kebanyakan mereka berada luar dari rumah, iaitu berada di kalangan masyarakat, seperti kita. Dan kebanyakan dari mereka yang dijumpai dah tak bernyawa.

Mati dibakar.
Mati dirogol dan dibunuh.
Mati dibunuh dan mayat dimasukkan dalam beg pakaian.

Mesti kita tak nak perkara yang sama berlaku dekat anak-anak kita, saudara mara kita atau sesiapa saja yang kita kenal/sayang. Kan?

So? We have to make a move. Salah satunya jadi busybody. Yes,busybody. Biarlah orang nak kata kita jaga tepi kain orang ke apa. Janji rock. Janji niat kita baik. Janganlah pulak busybody hal rumah tangga orang lain. Maksud aku, kalau nampak budak-budak kecil berkeliaran tanpa ibu bapa/penjaga *walaupun lah dengan adik beradik (yang kecil)*, kita perlu tanya dan perhatikan mereka. Tengok ke mana mereka pergi. Jangan lupa nasihat suruh balik rumah terus lepas tu. Alert kalau ada sesuatu yang mencurigakan dekat sekeliling.

Sebelum ni, mama aku selalu tegur budak-budak yang pergi kedai sorang-sorang.
"Ekh, pergi kedai sorang je? Mana mak kau? Lepas beli ni kau balik rumah terus tau. Bahaya", kata mama aku. Si budak pun angguk-angguk tanda faham. "Biarlah dia ma, nanti orang kata kita busybody plak" aku plak konon-konon takpuas hati.Lepas tu kena jeling manja dengan mama.

Bila dah ada anak. Bila dah macam kes hilang budak jadi. Betollah tindakan mama aku. Biar busybody benda baik. Atleast kita dah buat sesuatu sebagai masyarakat yang prihatin. Kan?

Lepas ni, buka mata, alert dengan sekeliling dan jadilah busybody.
Ok. Bye. Nak main Lego. Anak aku dah tunjuk Lego, ajak main balik.

Isnin, 19 Mac 2012

Permanian Berhadas. Bukan lucah.

Salam.
Tajuk bukan nak cerita lucah kat sini.
Ok.
Tahu apa Permanian Berhadas? Dulu masa sekolah ustazah ada explain pasal isu ni dalam kelas. Ada lah tahu sikit-sikit. So tadi aku pon meng-google la pasal isu ni.


Permanian Berhadas.
Maksud : Suatu kaedah menyalurkan sperma lelaki ke dalam rahim wanita tanpa melalui kebiasaan manusian (Bersetubuh / Jima')


Kenapa tiba nak story pasal isu ni?
Sebab?
Pasal movie ni aku tengok kat Astro. Dah lama gila aku record, baru ada masa nak tengok.


Sinopsis filem The Switch : Heroin, ye Jennifer Aniston, 40 tahun, belum berkahwin. Dia nak ada anak, tapi tak nak kahwin. So she decided untuk buat Permanian Berhadas. Heroin nak cari ciri-ciri lelaki yang dia nak untuk dermakan sperm untuk dia. Sebab dia nak anak yg handsome, aktif, berkharisma and bla bla bla. Bestfriend dia, Hero, ye Jason Bateman macam tak puas hati sebab kenapa tak guna dia punya je? hahaha. So, die tukar sperm yang ada (dari lelaki yg macho, tough and loving) kepada dia punya. Sila tengok poster movie di atas. So heroin pun guna la sperm tu.. Jeng jeng jeng..


Then apa jadi? Tengok sendiri la. Aku bukan nak cerita the whole story pasal movie ni. Movie best. Memang funny. Aku tergelak-gelak tengok. Tapi terdetik, dari segi Islam macam mana? Ok. Jangan salah tafsir. Aku bukan nak condem movie ni. Memang la,dah cara mereka macam tu. Tapi, mari kita tengok dari segi Islamnya. So bila kita tengok, kita boleh filter otak kita ni tentang isu-isu macam ni. Ada juga orang yang tak tau pasal ini ye.


Ok. Berbalik kepada topik asal.
Kenapa guna kaedah ni? Antara sebabnya :
  • Kekurangan bilangan sperma dalam air mani lelaki
  • Ketidak normalan pada cairan serviks atau faraj yang membunuh kebanyakan sperma
  • Enjuksi pra matang atau mati pucuk
  • Berlaku kontradiksi (tidak sesuai) antara sel pasangan lelaki dan perempuan.
  • Pasangan lelaki mengalami penyakit barah
Bukan semua pasangan suami isteri senang nak dapat anak. So mereka kena la buat kaedah ni. Mana tahu ada rezeki, berjaya la usah mereka tu. Amin. Amin. Amin.
Kaedah permanian berhadas dibenarkan Syara' sekiranya;
  • Persenyawaan luaran antara sperma suami dan ovum isteri, lalu percampuran (embrio) ditempatkan ke dalam rahim isterinya
  • Mengambil sperma suami dan disuntikkan ke dalam posisi yang sesuai - vagina atau rahim isteri
Yang TIDAK dibenarkan Syara' pula; *sekiranya melakukannya dianggap perzinaan terlarang*
  • Menggunakan sperma suami sebenar dan ovum yang diambil daripada seorang wanita bukan isterinya, lalu percampuran (embrio) ditempatkan di rahim isterinya.
  • Persenyawaan berlaku antara sperma seorang lelaki selain suami dan ovum selain isteri, kemudian percampuran (embrio) itu ditempatkan di rahim isteri sebenar.
  • Persenyawaan luaran antara suami sebenar dan ovum di ambil dari isteri, lalu percampuran (embrio) berlaku di dalam rahim wanita lain.
  • Persenyawaan dilakukan secara luaran antara sperma dari seorang lelaki dan ovum dari seorang wanita asing, lalu percampuran (embrio) berlaku di dalam rahim isteri sebenar.
  • Persenyawaan luaran antara sperma suami dan ovum isteri, lalu percampuran (embrio) ditempatkan di dalam rahim isteri kedua, kerana lelaki itu mempunyai dua isteri.
 #Ayat copy sebiji macam dalam http://www.faridrashidi.com/2010/02/10/permanian-berhadas-antara-sains-dan-fiqh-islami/ sebab takut salah pemahaman dari pembaca. Kita cakap pasal Islam dan hukum hakam ni wooo..#
Sekiranya seorang muslim buat macam Jennifer dalam movie ni, memang haram ye!


 

 

ADAKAH ESOK BAGI KITA?

Salam.

Tarik nafas.
Hembus.
Hmm..
Kamu-kamu-kamu pernah ditinggalkan?
No,no. I'm not talking about your ex-special boyfriend or girlfriend.
Pernah ditinggalkan oleh orang yang kamu-kamu-kamu sayang dan dia tak kembali?

Rasa?
Sedih. Sangat!
Rindu. Yang Amat!
Tak ada lagi suara.
Tak ada lagi senyuman.
Tak ada lagi gelak tawa.

Diam.
Tarik nafas.
Tahan sebak.

Hanya yang tinggal, gambar-gambar dan memori indah.
Rindu sangat. Tak dapat nak dilepaskan.
Peluk? Tak dapat.
Kalau dapat aku nak peluk kuat-kuat. Nak cakap...

"Mak, akis rindu mak sangat! Akis sayang mak sangat! Mak, ampunkan dosa-dosa akis. Halalkan makan minum akis"

Tapi semua tu dah lambat. Tak sempat.

Arwah mak, Sharifah Shaiha Bt Syed Sulong tinggalkan aku pada 12.12.2011. Hembuskan nafas terakhir pada pukul 12 tengahari. Masa tu aku tengah dukung anak aku cukur jambul. Seorang pun tak berani nak beritahu aku. Mak adalah babysitter aku dari aku lahir. Sampai aku besar mak jaga aku. Mak sakit biasa ja sebelum tu. Pagi tu mak pengsan. Hantar pergi hospital. Seminggu sebelum tu pun mak ada pengsan juga. Aku masih dalam pantang masa tu. Aku tak sangka mak tiba-tiba tinggalkan aku...Sebab mak nampak sihat...

Aku? Macam nak gila. Rasa pitam. Macam nak pengsan.
Aku kejut-kejut mak dekat ward, mak tak bangun-bangun.
Macam-macam wayar dan mesin dekat sekeliling katil mak.
Aku bingung. Tak percaya. Merayu minta mak bangun.
Orang keliling tenangkan aku.
Tepuk pipi sendiri, harapkan mimpi. Tapi, tak.
Menangis.

Hanya doa yang dapat aku kirimkan dekat emak. Semoga mak duduk di kalangan kekasih-kekasih Allah. Sedekahkan Surah Al-Fatihah dan Surah Yassin kepada mereka yang telah pergi. Biar mereka tenang di sana.. Insyaallah..
 
Sesungguhnya, ajal maut di tangan Allah SWT. Tak akan cepat sesaat atau lambat sesaat pun. Tak kira sihat atau sakit. Tak kira tua atau muda. Tak kira kaya atau miskin.

ADAKAH ESOK BAGI KITA?
Tutup mata.
Muhasabah diri. 

Ahad, 18 Mac 2012

Masuk dalam mimpi!

Bila baca rasa macam nak mati. Bila baca rasa macam perut kecut,kaki mcm kejang@stress (tak tau nak describe keadaan masa baca tu macam mana). Senang cerita, takut sampai termasuk dalam mimpi. Haha. Bukan tu saja, sampai menghantui aku. Sebab apa? Bila mimpi, aku terbangun, capai novel ni, aku terus sambung baca. Tak sabar nak tau sapa pembunuh! *jelir lidah mata kelip sebelah*
Fiksyen 302-Ramlee Awang Murshid-RM21.00-Thriller/Misteri 

 Ok.
Tahu.
Cover tak menarik.
Cuba pusing belakang tengok sinopsis.
Lan Lani, Jimmy Yeoh, Prakash Kumar dan Farid Ja'ah membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat.
Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.
Tahun 2032, seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan...tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!
Bagi aku, jalan cerita menarik, sangat lah thriller! Kena baca betul-betul dengan kusyuk baru la paham sebab ada flashback. Yang part belakang-belakang tu, macam tak logik plak aku rasa (yang part tahun 2032 tu). Tapi bila aku fikir balik, mungkin juga masa tu teknologi dah canggih gila (yela,20 tahun dari sekarang). We can't predict the future!

Penulis menulis dengan penuh ilmu di dada about psikosis & neurosis. Dekat page belakang sekali ada list of research yang dia dah buat & bahan-bahan bacaan untuk hasilkan novel ni. Aku memang tabik dengan penulis ni. Dia tak tulis pasal cinta yang putus-tak ada restu keluarga-jumpa balik-putus-happy ending. Yang kadang-kadang boleh buat aku menangis. Novel ni penuh ilmu. So sedikit sebanyak aku pon tahu lah gila ni ada macam-macam jenis. *senyum sambil angkat kening* 

So? Apa kata pergi MPH ke, Popular ke grab buku ni. Happy reading!

#dah lama gila baca baru nak update


Jumaat, 16 Mac 2012

Kau rasa?

Salam. Hai. Aku baru lepas telan antibiotik. Sakit tekak la pulak..grrr.. Bulan ni je dah dua kali aku pegi klinik. Adeh!

Ok.
Tutup cerita pasal aku.

Aku tertarik dengan topik Hot.fm pagi ni pasal 'Satu Amah, Satu Tugas' yang keluar jadi berita utama dalam Utusan Malaysia. So balik-balik je terus belek Utusan Malaysia Online untuk check kesahihan berita ni.

Bah! this is it!

JAKARTA 15 Mac - Amah dari Indonesia yang akan mula dihantar ke Malaysia bulan depan hanya akan melakukan satu tugas khusus di rumah majikan mereka dengan gaji minimum RM700.
Ini bermakna, seandainya seorang amah diupah untuk mengasuh bayi, tugasnya hanyalah mengasuh bayi dan tidak akan melakukan kerja-kerja rumah yang lain.
Sehubungan itu, bakal majikan di Malaysia tidak lagi boleh mengharapkan kepada seorang amah sahaja untuk melakukan semua kerja di rumah mereka.
Keputusan itu dicapai hasil rundingan Pasukan Petugas Khas Bersama (JTF) antara kerajaan Indonesia dan Malaysia yang menetapkan penghantaran Tenaga Kerja Indonesia (TKI) akan mengikut kemahiran masing-masing dalam empat bidang tertentu iaitu memasak, mengasuh bayi, menjaga orang tua dan mengemas rumah.
Kalau kita suruh dia buat empat kerja macam yang dah tertulis kat atas ni, memang masyuuuuukkk la mereka-mereka tu. RM 2800!! Ada tak yang decide nak berhenti kerja & jadi org gaji? hahaha *kidding* tapi mesti ada yang terfikir "baik aku jadi orang gaji,semua free.Gaji banyak!"


Ada seorang pendengar called Hot.fm cakap dia tak puas hati. Contoh lah kan. Kalau kita gajikan orang gaji untuk mengasuh anak je. Bila anak tidur,dia pun tidur la. Pastu anak buat kecah, dia peduli apa? Dia kan tak di gaji untuk kemas rumah. haha. Pastu balik, si tuan rumah kena masakkan untuk orang gaji. Ok now, who's the boss? *gelak besar* Bagi aku memang tak masuk dek akal la.


Baik hantar anak dekat Taska or Tadika or Babysitter, dalam RM300 seorang. Lepas tu beli dryer. Kalau balik rumah tu terus masuk baju dalam washing machine, then dry kan. Keluarkan sikit modal la untuk senang di kemudian hari. Sambil-sambil tu kemas rumah kalau berkecah (si suami tolong la sikit-sikit). Malas nak masak, pergi tapau kat kedai depan rumah. Dari sakit hati balik rumah tengok rumah berkecah, lepas tu orang gaji plak sengih-sengih kat kita, then masak & hidang untuk dia..waaahh.. (dapat bayangkan tak perasaan tu macamana?)


Aku cakap yoyoeh je macam aku kerja kan? haha. Ni pendapat aku je la, incase i'm in that shoes. Tapi kalau siapa yang terlebih mampu, it's not a big deal kan? :)) Tapi aku rasa tu bukan kata putus Kerajaan Malaysia, KOT! Tapi they mentioned in the news 'rundingan' kan? hmm..hmm..entah lah labu..tepuk dada tanya selera. tengok budget monthly, calculate guna calculator, lu fikir la sendiri bak kata Nabil Capang..Tapi (lagi sekali tapi) kalau gaji naik yang RM1800 macam dalam SBPA yang dibatalkan tu boleh la nak ber orang gaji banyak-banyak.ekh? ekh? *sealed mulut* ok.bye bye *waving*

i'm back

Hello..Hello..Im back after a few years tak berblog. My blog account sebelum ni dah lama di delete sebab ada org yang beberapa perkara yang tak dapat dielakkan. Cewah!

Actually, I woke up at the middle of the night & baru perasan yang belum solat Isya'. Lepas solat suddenly the first thing appeared in my mind adalah nak berblog balik..*bah!poyo!*

And so! Lets share our experiences and segala macam ilmu yang kita ada. So that biar kita sama-sama dapat manfaat & pahala. Tapi yang penting, kita kena ikhlas untuk berkongsi, bukan untuk shock off ye *wink*

Nothing on my mind..ekh suddenly ada when i mention about shock off.hehe.kadang-kadang niat kita nak berkongsi, tapi orang sekeliling fikir kita nak menunjuk. Kan? Pernah rasa macam tu tak? hehe. Bagi aku, semua yang kita buat memang tak pernah perfect di mata orang lain & macam tu jugak sebaliknya. Apa orang lain buat tak selalu perfect bagi kita. Kan? (oh come on! jangan kata kamu-kamu-kamu tak pernah kutuk org ok!)

Tapi..tapi..apa kata kita seal mulut kita from now on *smiling* biar orang nak buat apa, janji dia tak kacau kita, dia bahagia, kita bahagia, sudah! hihi..

Chill!