Memaparkan catatan dengan label Luahan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Luahan. Papar semua catatan

Sabtu, 7 April 2012

Jodoh.Fullstop.

Salam. Lama gila tak update apa-apa.
Busy. Taklah sangat sebenarnya. Tapi banyak sangat kerja tertangguh. Tertangguh sebab si kecil ni demam, batuk & selsema. Sebab tumbuh gigi geraham. So memang tak dapat buat kerja lain la, kena tunjuk je muka depan dia. Lepas tu tidur atas bahu. Gila lenguh.

Ok. Berbalik kepada tajuk post.

Kawan baik aku belum sampai jodoh. Special boyfriend pon belom ada lagi. So dia ada macam terminat kat sorang mamat ni. Tapi dia tak pasti perasaan mamat tu kat dia. So aku soh dia try. Tapi bukan lah try macam perigi cari timba. Tapi adalah sikit-sikit. Then, last two days dia ada msg aku kata dia macam tak mampu je nak buat mamat tu suka kat dia. Hmm kesian kat kawan aku ni.

Dia cantik.
Dia baik.
Dia sopan.
Dia caring.
Loving.
Educated.
Beriman.

She's my real good friend. Ada dengan aku bila susah @ senang. Aku tak segan silu nak share apa-apa problem dengan dia sebab dia sangat lah open minded.

Tapi..
Kenapa dia belum jumpa jodoh dia lagi?
Sebab dia BAIK.
Perempuan baik untuk lelaki baik.
Susah nak cari lelaki baik zaman sekarang ni. Sebab tu dia lambat jumpa jodoh dia. Aku percaya satu hari nanti dia akan jumpa seorang mamat yang handsome, sweet, romantic, bertanggungjawab dan beriman.

Adakah dia stress sebab orang selalu tanya bila turn dia pula?
Entah lah.mungkin ye mungkin tidak.

Kepada sesiapa yang suka tanya "Kau bila lagi? Semua dah kahwin dah" -- aku rasa better kau sealed mulut kau tu. Kau tahu tak soalan cepu mas kau tu terbawa sampai tidur-bangun-tidur-bangun dorang yang belum sampai jodoh. So jangan tanya soalan bodoh tu lagi. Nanti bila ada jodoh sampai la kad jemputan kat peti surat rumah kau or kad jemputan yang di tag dalam facebook. Al maklumlah, makin canggih manggih orang kita sekarang ni.

Tu je la.
Ok. Bye bye.

Rabu, 21 Mac 2012

Kau anak angkat?

Salam.
Aku tertidur awal tadi. Sebab tidurkan anak dulu. Terjoin plak tadi.
And now aku kat depan laptop sebab aku tak boleh tidur.

Buka facebook sekejap tadi.
Nampak adik aku ada upload photo dia tengah buat assignment.
Something pop-up on my head.

Pernah tak?
Pernah tak masa kecil-kecil dulu (or mungkin sekarang you're still..) kau rasa diri macam anak angkat? Hahahahahahahahahaha. Funny! Aku pernah terfikir dulu masa kecil-kecil. Damn true! Konon-kononnya dulu rasa parents aku lebihkan adik la. Konon dulu aku rasa adik aku manja lebih la. Hmm sampai aku gigit-gigit dia (haha.dia stil ingat sebab dia selalu ungkit-ungkit pasal benda ni walaupun aku dah beranak) Kesian kau, dik. Kalau la kau baca ni mesti kau kata " memang pon!"

Aku rasa macam tu sebab kononnya aku tengok muka aku dengan parents aku tak sama. Tu dulu. Tapi sebenarnya memang muka aku banyak ambil muka papa aku, just at that time aku poyo-poyo je feeling anak-angkat-yang-dibiarkan. Haha. Kau pernah rasa macam tu tak? Eleh! Jangan nak tipu. Dulu masa sekolah rendah selalu juga topik ni keluar (biasa la, budak baru nak up, topik mesti poyo & macam bagus).

"Aku rasa mak aku dah tak sayang aku la. Asyik sayang adik aku je"
"Yeke? Kau anak angkat kot. Muka kau pon lain je aku tengok"
"Kau ada tengok TV tak pasal orang tu amik anak angkat lepas tu dia dapat anak sendiri, dia dah tak sayang anak angkat dia. Haa.. Kau macam tu la kot"
*Kita boleh nampak pengaruh TV dekat sini.Haha*

Standard.
Lagi sekali ditegaskan.
Budak baru nak up,ok!
Cerita mesti gempak. What do u expect, budak darjah 3 kot! haha. Kesian dekat mama aku sebab dulu aku pernah fikir macam ni. Kalau mama aku tahu mesti mama aku kata "Kau dah tak ada benda lain nak fikir?". Hehe. Mama aku memang comel. Gurau nak kasar je, macam kawan-kawan. Tapi dulu masa kecil dia tegas sangat. Sampai bila dia jerit je suruh balik (masa tu tengah main dekat luar), aku dengan adik dah ketar lutut. Yelah, keluar sorok tak ada permission. Hehe.

Sebenarnya mama aku bukan tak adil. Aku pun bukan lah anak angkat. Hehe. Biasa lah, kita ni mana pernah rasa cukup kan. Macam tu juga aku dulu. Sentiasa rasa kasih sayang tak cukup. Especially bila minta apa-apa tak dapat. Tapi padahal minta benda bukan-bukan. Kalau aku pon aku tak bagi anak aku minta bukan-bukan. Tapi kalau dah menjerit satu kedai macam kena petir,terpaksa juga la aku beli.

Bila anak aku dah besar nanti, aku rasa mesti dia ada feeling-feeling poyo mcm tu. Mana nak tumpahnya poyo aku kalau bukan kat anak aku kan? Mana tau ada rezeki keluar nombor dua. Haha. Time tu dah boleh explain sikit-sikit la supaya dia tak rasa diri macam anak-angkat-yang-disisihkan-macam-nak-kena-hantar-balik-rumah-kebajikan. Kena buat-buat tunjuk gambar pregnant dulu-dulu. Nasib ada bukti masa dalam labour room. *tersengih-sengih*

Oklah.
Banyak sangat aku mengarut ni. Jam pon dah pukul 3 pagi. Aku kena tidur juga. Nanti esok mengantuk!

Tata Titi Tutu..

Isnin, 19 Mac 2012

ADAKAH ESOK BAGI KITA?

Salam.

Tarik nafas.
Hembus.
Hmm..
Kamu-kamu-kamu pernah ditinggalkan?
No,no. I'm not talking about your ex-special boyfriend or girlfriend.
Pernah ditinggalkan oleh orang yang kamu-kamu-kamu sayang dan dia tak kembali?

Rasa?
Sedih. Sangat!
Rindu. Yang Amat!
Tak ada lagi suara.
Tak ada lagi senyuman.
Tak ada lagi gelak tawa.

Diam.
Tarik nafas.
Tahan sebak.

Hanya yang tinggal, gambar-gambar dan memori indah.
Rindu sangat. Tak dapat nak dilepaskan.
Peluk? Tak dapat.
Kalau dapat aku nak peluk kuat-kuat. Nak cakap...

"Mak, akis rindu mak sangat! Akis sayang mak sangat! Mak, ampunkan dosa-dosa akis. Halalkan makan minum akis"

Tapi semua tu dah lambat. Tak sempat.

Arwah mak, Sharifah Shaiha Bt Syed Sulong tinggalkan aku pada 12.12.2011. Hembuskan nafas terakhir pada pukul 12 tengahari. Masa tu aku tengah dukung anak aku cukur jambul. Seorang pun tak berani nak beritahu aku. Mak adalah babysitter aku dari aku lahir. Sampai aku besar mak jaga aku. Mak sakit biasa ja sebelum tu. Pagi tu mak pengsan. Hantar pergi hospital. Seminggu sebelum tu pun mak ada pengsan juga. Aku masih dalam pantang masa tu. Aku tak sangka mak tiba-tiba tinggalkan aku...Sebab mak nampak sihat...

Aku? Macam nak gila. Rasa pitam. Macam nak pengsan.
Aku kejut-kejut mak dekat ward, mak tak bangun-bangun.
Macam-macam wayar dan mesin dekat sekeliling katil mak.
Aku bingung. Tak percaya. Merayu minta mak bangun.
Orang keliling tenangkan aku.
Tepuk pipi sendiri, harapkan mimpi. Tapi, tak.
Menangis.

Hanya doa yang dapat aku kirimkan dekat emak. Semoga mak duduk di kalangan kekasih-kekasih Allah. Sedekahkan Surah Al-Fatihah dan Surah Yassin kepada mereka yang telah pergi. Biar mereka tenang di sana.. Insyaallah..
 
Sesungguhnya, ajal maut di tangan Allah SWT. Tak akan cepat sesaat atau lambat sesaat pun. Tak kira sihat atau sakit. Tak kira tua atau muda. Tak kira kaya atau miskin.

ADAKAH ESOK BAGI KITA?
Tutup mata.
Muhasabah diri.